Wednesday 27 January 2016

Day 2 - Cara-cara Menulis Laporan



     


Pihak Hospital Bintulu telah mengadakan sebuah lawatan ke kilang pemprosesan linen di "Fresh Linen Services Sdn Bhd". Sepanjang lawatan tersebut, pemerhatian terhadap pemprosesan dan juga kebersihan telah dilakukan bagi meningkatkan mutu kualiti kain-kain linen demi kegunaan hospital dimana, mana-mana hospital pun amat menitikberatkan tentang kebersihan kawasan sekeliling hospital demi untuk orang lain terutamanya para pesakit.

Linen adalah sejenis bahan yang dibuat daripada sejenis tumbuhan rami dengan nama saintifiknya ialah, linum usitatissimum. Linen seringkali digunakan dalam pembuatan kain atau pakaian. Linen perlu melalui beberapa proses sebelum ia siap menjadi kain atau pakaian sepenuhnya. Linen juga dikatakan sangat peka terhadap bahan-bahan kimia. 

Selesai lawatan, laporan mengenai lawatan yang telah dibuat dan segala maklumat-maklumat yang terkumpul akan dimasukkan ke dalam rekod. Laporan yang siap boleh dirujuk seperti yang disertakan diatas bersama dengan bahagian lampiran untuk gambar.


No comments:

Post a Comment