Wednesday 27 January 2016

Day 3 - Cara-cara Menulis Minit Mesyuarat


Credit to link: http://www.slideshare.net/intansulinranaisahak/borang-pk-07-3-contoh-format-minit-mesyuarat



Minit mesyuarat ialah sesuatu perkara yang telah dibawa berbincang di dalam sebuah mesyuarat dengan persetujuan yang dicapai oleh pihak-pihak yang terlibat terhadap perbincangan tersebut. Tujuan mini mesyuarat ini adalah untuk menyimpan rekod-rekod segala maklumat yang diajukan dan dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut. Catatan minit mesyuarat adalah penting bagi memastikan perlaksanaan sesuatu mesyuarat tersebut. Minit mesyuarat dijadikan panduan sebagai perlaksanaan yang terlibat.

Terdapat kaedah dalam catatan minit mesyuarat. Gambar yang disertakan seperti yang di atas merupakan contoh format yang perlu ada dalam pengurusan minit mesyuarat. Dalam minit mesyuarat tersebut perlulah mengandungi tajuk mesyuarat, bilangan mesyuarat, diikuti dengan tempat, tarikh dan masa sesuatu mesyuarat itu dijalankan. Tajuk agenda mesyuarat juga perlu ada  bagi mengetahui isu-isu yang bakal dibincangkan, kemudian senarai kehadiran yang hadir pada hari mesyuarat. Minit mesyuarat yang lengkap mengandungi isi catatan berkenaan dengan isu yang dibincangkan berserta dengan tindakan. Akhir sekali, minit mesyuarat yang lengkap akan diakhiri dengan penutup dan tandatangan penyelia.




No comments:

Post a Comment