Sunday 31 January 2016

Day 4- Melawat Pusat Dialisis di Klinik Kesihatan Tatau

Keadaan pusat dialisis yang separuh siap.

Hemodialisis merupakan kaedah rawatan yang menggantikan ginjal yang sudah tidak dapat berfungsi. Rawatan ini dilakukan dengan menggunakan mesin hemodialisis dan dilakukan setiap 3 kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan. Kaedah rawatan hemodialisis boleh dilakukan di pusat rawatan hemodialisi ataupun di rumah.

Pada hari Khamis yang lepas bersamaan dengan 28 Januari 2016 yang lalu, kakitangan-kakitangan Hospital Bintulu telah membuat satu lawatan ke pusat dialisis bertempat di Klinik Kesihatan Tatau yang akan beroperasi tidak lama lagi. Melalui lawatan tersebut, menurut peninjauan yang dilakukan, masih terdapat kekurangan yang perlu diselesaikan dengan segera.

No comments:

Post a Comment