AHU |
AHU adalah singkatan dari 'Air Handling Unit' atau dalam istilah bahasa Melayunya dikenali sebagai 'Sistem Tata Udara'. Sistem tata udara memegang peranan penting bagi menghasilkan suasana di suatu kawasan bangunan yang selesa dan nyaman bagi para pekerja. Sistem tata udara ini adalah suatu proses bagi mendinginkan atau memanaskan udara persekitaran sehingga mencapai suhu dan kelembapan yang diinginkan.
BOILER PLANT ROOM |
'Boiler' atau dandang adalah alat yang digunakan untuk mencipta wap air dengan menggunakan tenaga haba pada air. Stim atau wap akan dibentuk melalui proses pendidihan yang berlaku di dalam 'boiler'. 'Boiler' dapat digunakan sebagai pemanas air dan juga sebagai sistem pemanasan.
LIFT MOTOR |
'Lift motor' adalah alat yang mengawal pergerakan naik dan turun sesebuah lif. 'Lift motor room' pula adalah penempatan bagi pemacu lif dan alat kawalan lif. 'Lift motor' biasanya terletak di bahagian tingkat paling atas bangunan kerana fungsinya sebagai menaik dan menurunkan lif mengikut kehendak si pengguna yang masuk ke dalam lif tersebut.
Gas nitrous oxide merupakan suatu sebatian gas yang terdiri daripada dua bahagian Nitrogen dan satu bahagian Oksigen. Dalam istilah perubatan, nitrous oxide(gas ketawa) digunakan sebagai bius atau ubat penahan sakit dimana ianya sesuai digunakan sewaktu melakukan pembedahan khususnya buat wanita yang ingin bersalin. Namun begitu, kegunaannya sebagai ubat penahan sakit hanyalah bermula apabila 50% daripada gas nitrous oxide dan 50% daripada gas oxygen bergabung bagi menghasilkan gas Entonox. Entonox inilah yang akan digunakan sewaktu pembedahan dilakukan.
OXYGEN ROOM |
Oksigen diperlukan bagi semua makhluk yang hidup di muka bumi ini bagi meneruskan proses kehidupan melalui pernafasan. Oksigen adalah sumber utama tenaga manusia dimana 90% dari tenaga manusia berasal dari oksigen dan selebihnya pula berasal dari makanan dan air. Di hospital, terdapat sebuah tangki besar iaitu VIE tank yang mengandungi cecair oksigen di dalamnya akan bertukar menjadi gas oksigen melalui vaporizer untuk ke bilik oksigen sebelum disalirkan ke wad.
VACUUM ROOM |
Vakum adalah ketiadaan, tiada udara dan sebarang gas mengelilingi ruang. Dalam istilah perubatan, seperti oksigen juga, vakum memiliki satu saluran soket yang akan bersambung ke setiap wad. Apabila bilik oksigen bertindak sebagai penderma oksigen, bilik vakum pula bertindak sebagai penyedut yang menyedut kotoran daripada badan si pesakit.
No comments:
Post a Comment