Monday 29 February 2016

Baby Phototherapy Unit

Fototerapi adalah rawatan yang paling biasa digunakan untuk mengurangkan tahap bilirubin yang tinggi yang menyebabkan penyakit kuning pada bayi yang baru lahir. Dalam bentuk piawai fototerapi, bayi akan diletakkan pada buaian atau katil bayi plastik (incubator) dan terdedah kepada sejenis lampu neon yang diserap oleh kulit seorang bayi.

Semasa proses ini, bilirubin dalam badan bayi ditukar ke dalam bentuk yang lain yang lebih mudah dikumuhkan dalam najis dan air kencing. Bayi yang mengalami penyakit kuning mungkin perlu tinggal di bawah cahaya foto terapi untuk beberapa hari tetapi tiada apa yang perlu dirisaukan kerana fototerapi tidak merosakkan kulit bayi.

Semasa fototerapi:
1) Bayi akan dibukakan bajunya kerana kulit bayi perlu terdedah kepada cahaya sebanyak mungkin.
2) Mata bayi akan dilindungi untuk melindungi lapisan saraf di belakang mata (retina) dari cahaya terang.
3) Jadual pemakanan ditetapkan dan perlu dijaga.
4) Tahap bilirubin diukur sekurang-kurangnya sekali sehari.

Masalah-masalah yang berpotensi untuk berlaku semasa fototerapi dijalankan termasuklah:
1) Ruam (skin rash)
2) Kerosakan kepada lapisan saraf di belakang mata (retina), jika mata tidak dilindungi dengan baik.
3) Dehidrasi, jika bayi tidak menerima cecair yang mencukupi apabila makan.
4) Kesukaran dalam mengekalkan suhu badan yang betul.

1 comment: