Sunday, 7 February 2016

Kelengkapan, Loji, dan Kemudahan yang Terdapat di Sekitar Kawasan Hospital-Part 3

BATTERY ROOM
Bateri adalah komponen yang mencipta arus dengan menukar tenaga kimia ke dalam elektrik. Terdapat banyak jenis bateri yang termasuk litium, nickle dan HCL. Bateri juga mempunyai tiga bahagian iaitu, anod, katod, dan elektrolit. Bahagian katod dan anod disambungkan kepada litar elektrik. Apabila bateri disambungkan kepada litar electric, satu tindak balas kimia berlaku dalam ion elektrolit (atom dengan cas elektrik positif) menyebabkan ianya mengalir melalui satu arah, dengan elektron (zarah dengan cas negatif) pula mengalir melalui litar luar ke arah yang lain. Bateri membekalkan bekalan kuasa untuk kegunaan kakitangan hospital bagi melakukan pekerjaan yang memerlukan tenaga elektrik.







FUEL TANK

Fuel tank adalah tempat untuk menyimpan bahan bakar(diesel) bagi kegunaan proses pemanasan/pendidihan  contohnya yang berlaku di bilik 'boiler' atau mana-mana 'plant room' yang memerlukan bahan api bagi melakukan suatu proses yang menggunakan tenaga haba di sekitar hospital.



GENERATOR ROOM
Generator adalah sumber voltan elektrik yang diperolehi melalui perubahan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Terdapat dua jenis penjanaan iaitu yang pertama, penjanaan arus terus, dimana arus yang mengalir dalam sebuah litar pada satu arah sahaja. Ia mengalir dari kutub positif ke kutub negatif. Contohnya sel suria, bateri dan penjana arus terus. Penjanaan yang kedua adalah penjanaan arus ulang-alik iaitu arus yang sentiasa berubah arah pengalirannya mengikut perubahan kutub sumber bekalan.



HV SWITCHGEAR
HV(high voltage) switchgear adalah gabungan suis elektrik putus, fius atau pemutus litar. Sistem kuasa yang berhadapan dengan voltan melebihi 36 KV, disebut sebagai voltan tinggi. Apabila tahap voltan menjadi tinggi, pengarkaan yang dihasilkan semasa beralih operasi juga sangat tinggi. Jadi, penjagaan khas perlu diambil semasa mereka membentuk suis voltan tinggi. Pemutus litar voltan tinggi, merupakan komponen utama HV suis, oleh itu pemutus litar voltan tingi mestilah mempunyai ciri-ciri khas untuk operasi yang selamat dan boleh dipercayai.



MSB
MSB adalah singkatan dari "Main Switchboard". MSB merupakan pengagihn bekalan kuasa utama untuk kilang atau bangunan. Unit ini adalah kunci untuk keseluruhan agihan bekalan kuasa elektrik.


No comments:

Post a Comment