Sunday 7 February 2016

Kelengkapan, Loji, dan Kemudahan yang Terdapat di Sekitar Kawasan Hospital-Part 2

COOLING TOWER
'Cooling Tower' ataupun menara pendingin adalah suatu peralatan yang digunakan untuk menurunkan suhu aliran air dari kondensor. Menara pendingin digunakan untuk sistem pendinginan semula air dan disebabkan itulah mengapa setiap menara pendingin terletak di kawasan luar sesuatu bangunan kerana ianya memerlukan udara persekitaran bagi melakukan proses pendinginan air. Proses penyingkiran haba ke udara sekeliling berlaku di bahagian atas menara pendingin dimana bahagian atasnya mempunyai kipas yang akan melakukan proses penyingkiran haba tersebut.




VIE TANK (LIQUID OXYGEN)
VIE (Vacuum Insulated Evaporator) Tank adalah tangki yang mengandungi cecair oksigen di dalamnya bagi kegunaan hospital. Cecair oksigen daripada tangki ini akan bertukar menjadi gas oksigen terlebih dahulu sebelum ianya masuk ke bilik oksigen untuk disalirkan ke wad. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, barangkali kerosakan yang dialami, tangki ini akan dikosongkan bagi proses penyelenggaraan.




CHILLER ROOM
Chiller adalah bahagian utama bagi sesebuah sistem penghawa dingin. Chiller adalah sebuah unit penyejuk bagi tujuan pendinginan ruangan dan media air atau dengan bahasa mudahnya adalah mendinginkan sesuatu bangunan. Chiller menerima air daripada  AHU dan juga 'cooling tower' bagi melengkapkan proses penyejukkan/pendinginan. Sepanjang proses, air daripada AHU dan 'cooling tower' ke chiller akan melakukan peredaran masuk ke tempat masing-masing sebelum masuk semula ke chiller bagi proses pertukaran cecair kepada gas dan seterusnya barulah gas tersebut akan masuk ke sebuah sistem yang akan menyalurkan udara sejuk ke seluruh kawasan bangunan.



BOMBA PUMP HOUSE
Bomba pump atau 'fire fighting pump' adalah sebahagian daripada bekalan sistem air pemercik api dan mendapat kuasa elektrik, diesel atau wap. Bomba pump berfungsi untuk mengawal api (sprinkler) sekiranya berlaku kebakaran. 







No comments:

Post a Comment