'Lightning Arrester; adalah sejenis alat yang digunakan pada sistem kuasa elektrik dan sistem telekomunikasi untuk melindungi penebat dan konduktor sistem daripada sebarang kerosakan akibat daripada kilat. 'Lightning Arrester' yang biasa mempunyai terminal voltan tinggi (High-voltage terminal) dan terminal tanah (ground terminal).
Apabila kilat melonjak bergerak di sepanjang 'power line' ke 'arrester', arus daripada lonjakan dialihkan melalui 'arrester'. Dalam telegraf dan telefon, 'lightning arrester' diletakkan dimana wayar masuk ke struktur, mencegah kerosakan kepada peralatan elektronik di dalam dan keselamatan individu berhampiran mereka.
Versi 'lightning arrester' yang lebih kecil, juga dipanggil sebagai 'surge protector (pelindung kilat)', adalah peranti yang bersambung antara setiap pengalir elektrik dalam sistem kuasa dan komunikasi dan bumi. Ini menghalang aliran kuasa atau isyarat arus biasa ke tanah, tetapi menyediakan jalan dimana arus aliran kilat voltan tinggi, tanpa peralatan yang bersambung.
Tujuan mereka adalah untuk menyekat kenaikan voltan apabila komunikasi atau 'power line' disambar petir atau berhampiran dengan serangan kita. Jika perlindungan gagal atau tiada, kilat yang menyerang sistem elektrik memperkenalkan ribuan kilovolt yang boleh merosakkan talian penghantaran, dan juga boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada 'transformer', dan alat-alat elektrik dan elektronik yang lain.
No comments:
Post a Comment