Tuesday 8 March 2016

Work Order

Work order disusun mengikut tempat lokasi
"Work order"  adalah dokumen yang memberikan maklumat penting tentang barangan dan perkhidmatan yang pelanggan hendak dapatkan daripada vendor, pembekal atau jabatan lain dalam syarikat yang sama.

Dokumen ini , yang mungkin menjadi sekeping kertas bercetak atau dokumen pada sistem komputer atau Internet , selalunya mengandungi unsur-unsur yang membantu seseorang atau orang-orang yang akan memenuhi "work order"  itu untuk mengetahui dengan tepat apa yang pelanggan mahu sesuatu benda itu dilakukan atau mahu dihantar, termasuk berapa unit dan maklumat yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti saiz, bentuk, warna dan pilihan lain yang penting, atau dengan bahasa mudahnya iaitu memenuhi kehendak pelanggan.

"Work order" mungkin dikeluarkan apabila komputer atau bahagian lain dari peralatan perlu dibaiki, apabila peralatan perlu dinaik taraf atau diganti, apabila stok bekalan perlu diisi semula atau dalam keadaan lain, apabila pelanggan mempunyai keperluan barangan atau perkhidmatan tertentu.

No comments:

Post a Comment