Kit Maklumat Untuk Pesakit Diabetes Melitus Jenis 2 (penyakit kencing manis)
Pendahuluan
Kit maklumat ini
disediakan untuk memberi anda fakta-fakta dan nasihat yang praktikal tentang amalan
berpuasa pada bulan Ramadan.
Menurut pakar
kesihatan, kebanyakan pesakit diabetes dikecualika daripada berpuasa. Keputusan
untuk berpuasa adalah pilihan peribadi dan anda haruslah berbincang dengan
doktor sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sebelum bermulanya Ramadan.
Kit maklumat ini akan
membantu anda memahami risiko yang terkait dengan amalan berpuasa, dan
mengandungi beberapa petua perbincangan dengan doktor jika anda bercadang untuk
berpuasa pada bulan Ramadan. Kit ini juga mengandungi alat-alat bantuan yang
berguna untuk membantu anda menguruskan penyakit anda jika anda ingin berpuasa,
termasuk Pengawas Gula Darah dan Kalendar Ramadan. Bacalah kit maklumat ini
untuk mengetahui cara menggunakan alat-alat bantuan ini.
Pesakit diabetes jenis
2 yang manakah yang tidak digalakkan berpuasa?
Persatuan Diabetes
Amerika menyarankan nasihat bahawa amalan berpuasa oleh pesakit diabetes adalah
keputusan peribadi yang penting yang harus dibuat berdasarkan garis panduan
pengecualian keagamaan dan selepas dipertimbangkan dengan teitinya
risiko-risiko yang terkait dengan berpuasa melalui perbincangan dengan pakar
kesihatan. Biasanya, saranan perubatan ialah tidak digalakkan untuk berpuasa. Walau
bagaimanapun, pesakit yang tetap mahu berpuasa perlu sedar akan risiko-risiko
yang terkait dengannya dan teknik-teknik yang boleh mengurangkan risiko ini.
Risiko pesakit mengalami komplikasi yang terkait dengan amalan berpuasa mungkin
lebih tinggi ataupun lebih rendah, bergantung pada bilangan dan keterukan
faktor risiko masing-masing. Misalnya, pesakit diabetes yang pernah mengalami
hipoglisemia yang teruk, atau gula darah yang sangat rendah, iaitu hipoglisemia
yang menyebabkan pesakit tidak sedar atau gula darah yang sangat rendah, iaitu
hipoglisemia yang menyebabkan pesakit tidak sedar atau memerlukan bantuan pihak
ketiga dalam tempoh tiga bulan sebelum Ramadan, atau pesakit yang mempunyai
sejarah hipoglisemia yang berulang-ulang. dikategorikan sebagai berisiko sangat
tinggi dan sepatutnya tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Fakta-Fakta Penting
Tentang Amalan Berpuasa
Anda mestilah
berbincang dengan pakar kesihatan tentang apa-apa perubahan gaya hidup yang
anda rancang, seperti berpuasa dan menahan makan, supaya mereka dapat memberi
anda maklumat dan nasihat yang sewajarnya.
Apakah risiko yang
harus dipertimbangkan oleh pesakit diabetes jenis 2 sebelum berpuasa?
Hipoglisemia dan
gejala-gejalanya
o Berpuasa boleh menjejaskan aras gula
darah anda kerana anda tidak makan pada waktu siang.
Hipoglisemia, atau gula
darah yang rendah, berlaku apabila aras glukosa di dalam darah menurun sehingga
menjadi terlalu rendah bagi keperluan badan. Selang yang panjang antara waktu
makan berserta ubat diabetes yang tertentu ialah faktor risiko yang memang
diketahui menyebabkan hipoglisemia. Oleh itu, pentinglah aras gula darah anda
diperiksa dengan lebih kerap semasa berpuasa. Pengawas Gula Darah di dalam kit
maklumat ini akan membantu anda mencatatkan maklumat ini untuk perbincangan
dengan pakar kesihatan.
Gejala-gejala
hipoglisemia pada pesakit diabetes jenis 2 mungkin ringan hingga teruk dan
merangkumi:
·
Bingung
·
Pening
·
Mengantuk
·
Degupan jantung yang kencang
·
Gementar
·
Sakit kepala
·
Lapar
·
Meragam
·
Berpeluh-peluh
·
Lemah badan
Mengapa penting
mencegah gula darah yang rendah?
Hipoglisemia mestilah
dicegah kerana hipoglisemia boleh mendatangkan masalah perubatan yang teruk.
Jika tidak dirawat, hipoglisemia boleh mengakibatkan keadaan hilang sedar atau
sawan, yang memerlukan rawatan kecemasan.
Hiperglisemia dan
gejala-gejalanya
Hiperglisemia, atau
gula darah yang tinggi, berlaku apabila terdapat terlalu banyak gula di dalam
darah, Hiperglisemia yang sering berlaku atau yang berpanjangan boleh merosakkan
saraf, salur darah dan organ-organ yang lain.
Antara gejala-gejala
hiperglisemia ialah:
·
Berat badan yang menyusut
·
Kelesuan
·
Rasa dahaga yang berlebihan
·
Sakit kepala
·
Hilang daya tumouan
·
Kerap membuang air kecil
**Hiperglisemia boleh
disebabkan oleh pengurangan dos ubat dengan mendadak.
Mengapa penting
mencegah gula darah yang tinggi?
Jika aras gula darah
meningkat sehingga menjadi sangat tinggi, ini boleh mengakibatkan keadaan
hilang sedar dan koma pada peringkat lanjut.
Perkara-perkara lain
yang berkaitan dengan amalan berpuasa.
Yang berikut ialah
isu-isu lain yang berkaitan dengan amalan berpuasa, dan pakar kesihatan boleh
membantu anda memahaminya dan memberi anda nasihat tentangnya jika anda ingin
berpuasa:
·
Dehidrasi, atau kehilangan cecair badan
secara mendadak berlaku kerana kurang minum semasa berpuasa, dan keadaan ini
mungkin lebih teruk dalam iklim yang panas dan lembap. Antara gejala dehidrasi
ialah: mulut kering, kejang otot, loya, muntah-muntah dan palpitasi.
·
Peningkatan risiko berlakunya trombosis,
atau bekuan darah di dalam salur darah boleh terjadi dalam keadaan dehidrasi.
Antara simptom trombosis ialah: rasa
sakit dan bengkak di tempat bekuan darah, lenguh yang teruk pada bahagian yang terjejas seperti trombosis pada kaki,
vena yang timbul dengan ketara pada kulit dan ruam kulit yang gatal atau kulit
yang terasa panas di tempat yang terjejas.
· Ketoasidosis diabetes, ialah komplikasi
yang serius yang berlaku apabila badan tidak dapat menggunakan glukosa sebagai
sumber tenaga kerana badan tidak mempunyai insulin atau insulin di dalam badan
tidak mencukupi dan oleh itu badan terpaksa pula menggunakan lemak. Risiko
mengalami ketoasidosis diabetes mungkin lebih tinggi jika anda cuba
mengurangkan ubat (terutamanya dos insulin). Oleh itu, pastikan anda berbincang
dengan pakar kesihatan tentang aturan rawatan anda sebelum melakukan apa-apa
perubahan.
Persiapan untuk bulan
Ramadan
Berpuasa pada bulan
Ramadan adalah keputusan peribadi tetapi perlu dibuat dengan nasihat dan
sokongan pakar kesihatan. Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya
pesakit diabetes jenis 2 menjalani penilaian perubatan sekurang-kurangnya
sebulan atau dua bulan sebelum bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, ingatlah
bahawa anda boleh membincangkan perubahan gaya hidup seperti berpuasa dengan
doktor semasa mana-mana janji temu dengannya.
Apa yang patut saya
buat?
Jika anda ingi berpuasa
pada bula Ramadan, bermulalah dengan mengatur janji temu dengan pakar kesihatan
untuk menjalani penilaian perubatan.
Mengapa ini penting?
Jika anda berbincang
dengan pakar kesihatan dan menjalani penilaian perubatan, anda dapat memastikan
bahawa anda berpuasa dengan selamat.
Bilakah harus saya
menjalani penilaian ini?
Penilaian perubatan
haruslah dilakukan sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sebelum Ramadan.
Apakah yang akan
dilakukan semasa penilaian ini?
Keadaan kesihatan anda
akan diperiksa secara keseluruhannya, kawalan gula darah anda akan diukur dan
keperluan ubat-ubatan anda pada bulan Ramadan akan dibincangkan.
Soalan-soalan yang
mungkin elok ditanya kepada pakar kesihatan:
1. Apakah risiko saya
berpuasa berdasarkan sejarah kesihatan saya?
2. Bagaimanakah cara
saya mengawal aras gula darah saya pada bulan Ramadan?
3. Apakah perubahan
pemakanan yang perlu saya lakukan pada bulan Ramadan untuk memastikan penyakit
diabetes saya dikawal dengan baik?
4. Apakah situasi yang
mewajarkan saya berbuka puasa?
5. Perlukah saya
mengubah ubat-ubatan atau aturan rawatan saya?
6. Dengan berapa
kerapkah harus saya periksa gula darah saya?
7. Siapakah yang harus
saya hubungi dalam kecemasan?
8. Sesudah saya
berpuasa, perlukah saya mengatur janji temu susulan?
9. Bolehkah saya
meneruskan tahap gerak kerja jasmani saya seperti biasa pada bulan Ramadan?