Saturday, 23 April 2016

Fakta-Fakta Tentang Amalan Berpuasa Pada Bulan Ramadan

Kit Maklumat Untuk Pesakit Diabetes Melitus Jenis 2 (penyakit kencing manis)




Pendahuluan
Kit maklumat ini disediakan untuk memberi anda fakta-fakta dan nasihat yang praktikal tentang amalan berpuasa pada bulan Ramadan.

Menurut pakar kesihatan, kebanyakan pesakit diabetes dikecualika daripada berpuasa. Keputusan untuk berpuasa adalah pilihan peribadi dan anda haruslah berbincang dengan doktor sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sebelum bermulanya Ramadan.

Kit maklumat ini akan membantu anda memahami risiko yang terkait dengan amalan berpuasa, dan mengandungi beberapa petua perbincangan dengan doktor jika anda bercadang untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Kit ini juga mengandungi alat-alat bantuan yang berguna untuk membantu anda menguruskan penyakit anda jika anda ingin berpuasa, termasuk Pengawas Gula Darah dan Kalendar Ramadan. Bacalah kit maklumat ini untuk mengetahui cara menggunakan alat-alat bantuan ini.


Pesakit diabetes jenis 2 yang manakah yang tidak digalakkan berpuasa?
Persatuan Diabetes Amerika menyarankan nasihat bahawa amalan berpuasa oleh pesakit diabetes adalah keputusan peribadi yang penting yang harus dibuat berdasarkan garis panduan pengecualian keagamaan dan selepas dipertimbangkan dengan teitinya risiko-risiko yang terkait dengan berpuasa melalui perbincangan dengan pakar kesihatan. Biasanya, saranan perubatan ialah tidak digalakkan untuk berpuasa. Walau bagaimanapun, pesakit yang tetap mahu berpuasa perlu sedar akan risiko-risiko yang terkait dengannya dan teknik-teknik yang boleh mengurangkan risiko ini. Risiko pesakit mengalami komplikasi yang terkait dengan amalan berpuasa mungkin lebih tinggi ataupun lebih rendah, bergantung pada bilangan dan keterukan faktor risiko masing-masing. Misalnya, pesakit diabetes yang pernah mengalami hipoglisemia yang teruk, atau gula darah yang sangat rendah, iaitu hipoglisemia yang menyebabkan pesakit tidak sedar atau gula darah yang sangat rendah, iaitu hipoglisemia yang menyebabkan pesakit tidak sedar atau memerlukan bantuan pihak ketiga dalam tempoh tiga bulan sebelum Ramadan, atau pesakit yang mempunyai sejarah hipoglisemia yang berulang-ulang. dikategorikan sebagai berisiko sangat tinggi dan sepatutnya tidak berpuasa pada bulan Ramadan.


Fakta-Fakta Penting Tentang Amalan Berpuasa
Anda mestilah berbincang dengan pakar kesihatan tentang apa-apa perubahan gaya hidup yang anda rancang, seperti berpuasa dan menahan makan, supaya mereka dapat memberi anda maklumat dan nasihat yang sewajarnya.


Apakah risiko yang harus dipertimbangkan oleh pesakit diabetes jenis 2 sebelum berpuasa?

Hipoglisemia dan gejala-gejalanya
o       Berpuasa boleh menjejaskan aras gula darah anda kerana anda tidak makan pada waktu siang.
Hipoglisemia, atau gula darah yang rendah, berlaku apabila aras glukosa di dalam darah menurun sehingga menjadi terlalu rendah bagi keperluan badan. Selang yang panjang antara waktu makan berserta ubat diabetes yang tertentu ialah faktor risiko yang memang diketahui menyebabkan hipoglisemia. Oleh itu, pentinglah aras gula darah anda diperiksa dengan lebih kerap semasa berpuasa. Pengawas Gula Darah di dalam kit maklumat ini akan membantu anda mencatatkan maklumat ini untuk perbincangan dengan pakar kesihatan.

Gejala-gejala hipoglisemia pada pesakit diabetes jenis 2 mungkin ringan hingga teruk dan merangkumi:
·         Bingung
·         Pening
·         Mengantuk
·         Degupan jantung yang kencang
·         Gementar
·         Sakit kepala
·         Lapar
·         Meragam
·         Berpeluh-peluh
·         Lemah badan


Mengapa penting mencegah gula darah yang rendah?
Hipoglisemia mestilah dicegah kerana hipoglisemia boleh mendatangkan masalah perubatan yang teruk. Jika tidak dirawat, hipoglisemia boleh mengakibatkan keadaan hilang sedar atau sawan, yang memerlukan rawatan kecemasan.


Hiperglisemia dan gejala-gejalanya
Hiperglisemia, atau gula darah yang tinggi, berlaku apabila terdapat terlalu banyak gula di dalam darah, Hiperglisemia yang sering berlaku atau yang berpanjangan boleh merosakkan saraf, salur darah dan organ-organ yang lain.

Antara gejala-gejala hiperglisemia ialah:
·         Berat badan yang menyusut
·         Kelesuan
·         Rasa dahaga yang berlebihan
·         Sakit kepala
·         Hilang daya tumouan
·         Kerap membuang air kecil
**Hiperglisemia boleh disebabkan oleh pengurangan dos ubat dengan mendadak.


Mengapa penting mencegah gula darah yang tinggi?
Jika aras gula darah meningkat sehingga menjadi sangat tinggi, ini boleh mengakibatkan keadaan hilang sedar dan koma pada peringkat lanjut.


Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan amalan berpuasa.
Yang berikut ialah isu-isu lain yang berkaitan dengan amalan berpuasa, dan pakar kesihatan boleh membantu anda memahaminya dan memberi anda nasihat tentangnya jika anda ingin berpuasa:
·         Dehidrasi, atau kehilangan cecair badan secara mendadak berlaku kerana kurang minum semasa berpuasa, dan keadaan ini mungkin lebih teruk dalam iklim yang panas dan lembap. Antara gejala dehidrasi ialah: mulut kering, kejang otot, loya, muntah-muntah dan palpitasi.
·         Peningkatan risiko berlakunya trombosis, atau bekuan darah di dalam salur darah boleh terjadi dalam keadaan dehidrasi. Antara simptom trombosis ialah:  rasa sakit dan bengkak di tempat bekuan darah, lenguh yang teruk pada bahagian  yang terjejas seperti trombosis pada kaki, vena yang timbul dengan ketara pada kulit dan ruam kulit yang gatal atau kulit yang terasa panas di tempat yang terjejas.
·      Ketoasidosis diabetes, ialah komplikasi yang serius yang berlaku apabila badan tidak dapat menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga kerana badan tidak mempunyai insulin atau insulin di dalam badan tidak mencukupi dan oleh itu badan terpaksa pula menggunakan lemak. Risiko mengalami ketoasidosis diabetes mungkin lebih tinggi jika anda cuba mengurangkan ubat (terutamanya dos insulin). Oleh itu, pastikan anda berbincang dengan pakar kesihatan tentang aturan rawatan anda sebelum melakukan apa-apa perubahan.


Persiapan untuk bulan Ramadan
Berpuasa pada bulan Ramadan adalah keputusan peribadi tetapi perlu dibuat dengan nasihat dan sokongan pakar kesihatan. Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya pesakit diabetes jenis 2 menjalani penilaian perubatan sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sebelum bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa anda boleh membincangkan perubahan gaya hidup seperti berpuasa dengan doktor semasa mana-mana janji temu dengannya.


Apa yang patut saya buat?
Jika anda ingi berpuasa pada bula Ramadan, bermulalah dengan mengatur janji temu dengan pakar kesihatan untuk menjalani penilaian perubatan.


Mengapa ini penting?
Jika anda berbincang dengan pakar kesihatan dan menjalani penilaian perubatan, anda dapat memastikan bahawa anda berpuasa dengan selamat.


Bilakah harus saya menjalani penilaian ini?
Penilaian perubatan haruslah dilakukan sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sebelum Ramadan.

Apakah yang akan dilakukan semasa penilaian ini?
Keadaan kesihatan anda akan diperiksa secara keseluruhannya, kawalan gula darah anda akan diukur dan keperluan ubat-ubatan anda pada bulan Ramadan akan dibincangkan.


Soalan-soalan yang mungkin elok ditanya kepada pakar kesihatan:
1. Apakah risiko saya berpuasa berdasarkan sejarah kesihatan saya?
2. Bagaimanakah cara saya mengawal aras gula darah saya pada bulan Ramadan?
3. Apakah perubahan pemakanan yang perlu saya lakukan pada bulan Ramadan untuk memastikan penyakit diabetes saya dikawal dengan baik?
4. Apakah situasi yang mewajarkan saya berbuka puasa?
5. Perlukah saya mengubah ubat-ubatan atau aturan rawatan saya?
6. Dengan berapa kerapkah harus saya periksa gula darah saya?
7. Siapakah yang harus saya hubungi dalam kecemasan?
8. Sesudah saya berpuasa, perlukah saya mengatur janji temu susulan?
9. Bolehkah saya meneruskan tahap gerak kerja jasmani saya seperti biasa pada bulan Ramadan?

No comments:

Post a Comment