Apakah yang dikatakan
mati otak?
Mati otak ialah keadaan
tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak (termasuk
batang otak iaitu bahagian otak yang mengawal aktiviti-aktiviti penghidupan
seperti pernafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh
dipulihkan.
Keadaan yang
menyebabkan mati otak...
Bagi segelintir
pesakit, kematian otak boleh terjadi dahulu sebelum denyutan jantung mereka
berhenti. Ini mungkin terjadi apabila pesakit itu mengalami koma akibat keadaan-keadaan
seperti yang dinyatakan berikut dan telah mendapat rawatan bantuan pernafasan
mesin (ventilator) seperti di unit rawatan rapi:
- Kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak atau pendarahan dalam kepala yang teruk;
- Pendarahan otak yang teruk secara spontan oleh kerana urat saluran darah ke otak yang terputus akibat darah tinggi atau saluran darah yang tidak normal (Arterio-venous malformation atau AVM);
- Otak bengkak yang teruk oleh kerana jangkitan kuman atau virus (encephalitis) ataupun ketumbuhan seperti barah otak; dan
- Strok (angin ahmar) teruk yang melibatkan seluruh otak kerana saluran darah yang tersekat oleh darah beku.
Seseorang yang mati
otak tidak akan bernafas. Kematian otak akan disusuli denga kerosakan
organ-organ dan anggota tubuh badan yang lain. Bantuan pernafasan menggunakan
mesin pernafasan dan sokongan ubatan boleh melengahkan pemberhentian denyutan
jantung buat seketika. Walau bagaimanapun denyutan jantung akan berhenti juga
akhirnya walau dengan sebanyak mana sokongan yang diberi. Apabila seseorang itu
telah disahkan kematian otak, bermakna dia telahpun meninggal dunia.
Bagaimanakah pesakit
disahkan mati otak?
-Mati otak adalah satu
cara bagaimana seseorang itu boleh disahkan mati. Pengesahan mati otak adalah
dibuat oleh dua orang doktor pakar yang tiada kaitan dengan pemindahan organ
setelah ujian-ujian tertentu dijalankan ke atas pesakit tersebut. Ujian-ujian
ini dilakukan 2 kali setelah beberapa jam pemerhatian untuk menentukan tidak
ada perbezaan yang dilihat.
Mati otak dan
pendermaan organ
-Pemindahan organ hanya
akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi melaksanakan pemindahan
ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli
keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan
setelah mendapat kebenaran ahli keluarga pesakit yang mengalami mati otak
tersebut.
Persoalan mengenai mati
otak dan pendermaan organ
1. Saya diberitahu oleh
pakar perubatan bahawa ahli keluarga saya mengalami mati otak. Dengan segala
peralatan sokongan diberikan, bagaimanakah pakar perubatan mengatakan bahawa
ahli keluarga saya itu benar-benar telah meninggal dunia?
- Pakar perubatan akan menjalankan ujian-ujian tertentu untuk menjelaskan bahawa pesakit benar-benar telah meninggal dunia. Seseorang pesakit itu dikatakan telah meninggal dunia apabila:
o
Tidak boleh bernafas tanpa adanya alat
bantuan pernafasan (ventilator);
o
Anak mata tidak memberikan sebarang
tindak balas kepada cahaya;
o
Tiada tindak balas kepada kesakitan;
o
Tiada tindak balas kepada batang otak (brainstem
reflexes);
o
Ujian juga akan menunjukkan tidak ada
pengedaran darah ke otak.
2. Saya difahamkan
apabila individu itu meninggal dunia, jantungnya berhenti berdenyut. Sekiranya
ahli keluarga saya mengalami mati otak, kenapa jantungnya masih berdenyut?
- Jantung sebenarnya mempunyai pacemaker tersendiri daripada otak. Jantung akan berdenyut selagi mendapat oksigen. Jantung ini boleh dikeluarkan daripada badan dan diletakkan dalam larutan tertentu serta diberikan oksigen untuk terus berdenyut. Sehubungan itu selepas mati otak, jantung boleh berdenyut buat beberapa waktu, tetapi akan berhenti tidak lama selepas itu walaupun dengan bantuan yang maksimum.
3. Adakah dengan
menghentikan alat bantuan respiratori boleh menjadi penyebab kepada kematian
ahli keluarga saya itu serta tidak memberinya peluang untuk meneruskan
kehidupan?
- Apabila pesakit disahkan mati otak, dia sebenarnya telah meninggal dunia. Otaknya tidak berfungsi lagi. Oleh kerana pesakit telah meninggal dunia, tindakan menghentikan bantuan respiratori tidak merupakan menyebab kematian. Bantuan respiratori hanya membuatkan jantung pesakit berdenyut untuk seketika tetapi jantung itu akan tetap juga berhenti walaupun dengan semua bantuan yang diberikan.
4. Adakah rawatan ke
atas saya diabaikan sekiranya diketahui saya telah mendaftar sebagai penderma organ?
- Tidak. Semua pesakit akan diberikan rawatan dan perhatian yang sewajarnya tanpa mengira sama ada anda telah mendaftar sebagai penderma organ atau tidak. Pegawai perubatan akan berusaha sedaya mungkin tindakan serta langkah yang perlu untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu hanya akan dibincangkan dengan waris selepas kematian telah disahkan.
5. Apakah organ dan
tisu yang boleh didermakan?
- Organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu pula adalah mata (kornea), tulang, kulit dan injap jantung.
6. Adakah kami akan
diberitahu organ mana yang diambil dan kepada siapa organ tersebut didermakan?
- Pusat kerajaan akan memaklumkan kepada keluarga penderma berkaitan organ yang diambil dan sedikit maklumat berkaitan penerima. Namun begitu nama akan dirahsiakan dan tidak diberikan kepada keluarga penderma dan penerima.
7. Adakah keluarga
penderma perlu membayar kos pembedahan pemindahan organ atau tisu yang
dijalankan?
- Tidak. Keluarga penderma tidak perlu membayar kos pembedahan pemindahan otak. Namun begitu kos rawatan sebelum pembedahan pemindahan organ dijalankan masih lagi di bawah tanggungjawab keluarga penderma
8. Bagaimanakah
pemindahan organ dijalankan?
- Proses pemindahan organ dan tisu adalah suatu pembedahan yang bersih dan steril. Pembedahan dijalankan oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badan penderma. Selepas organ dan tisu diperolehi, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna kecacatan fizikal. Proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat, tanggungjawab serta tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa.
**Pastikan anda
memberitahu ahli keluarga terdekat bahawa anda telah mendaftar sebagai penderma
organ. Ini kerana ahi keluarga anda adalah penentu hasrat murni anda
tercapai.**
No comments:
Post a Comment