Wednesday 20 April 2016

Fakta Mengenai Penyakit Buah Pinggang

Apakah penyakit buah pinggang (ginjal) kronik?
Penyakit buah pinggang kronik adalah suatu penyakit yang berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat pelbagai faktor.
Ia boleh dikategorikan kepada 5 peringkat. Peringkat 5 adalah tahap di mana pesakit memerlukan rawatan dialisis.

Tahukan anda berapa kerapkah penyakit buah pinggang (ginjal) kronik berlaku?
-Terdapat lebih daripada 500 juta individu di seluruh dunia yang mengalami penyakit buah pingvgang kronik.
- Terdapat lebih daripada 26,000 pesakit menjalani rawatan dialisi di Malaysia pada penghujung tahun 2012.
Siapakah yang berisiko tinggi?
Golongan yang mempunyai:
-Diabetes (kencing manis)
-Tekanan darah tinggi
-Kehadiran protein/darah di dalam air kencing
-Kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit/akar-akar kayu/herba/tradisional
-Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)\
-Batu karang pada sistem buah pinggang
-Pesakit strok
-Pesakit yang mempunyai masalah jantung
-Dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja.
-SLE (Systemic Lupus Erythematosus)

Tanda dan gejala
-Badan berasa mudah letih
-Hilang selera makan, rasa loya dan muntah
-Kerap kencing terutamanya pada waktu malam
-Bengkak kaki dan muka
-Sukar bernafas
-Gatal seluruh badan
-Pucat
"Majoriti pesakit tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala kecuali di peringkat hampir akhir atau akhir"

Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah pinggang (ginjal) pada peringkat awal?
- Ujian air kencing
- Pemeriksaan tekanan darah
- Ujian darah\

Apakah akibat jika tidak dikesan awal?
-Risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan boleh menjadi teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang.

PERHATIAN
Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu berisiko tinggi iaitu:
- Pesakit diabetes (kencing manis)
- Pesakit darah tinggi
- Perokok
- Mempunyai berat badan yang berlebihan
-Mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit diabetes, darah tinggi dan penyakit buah pinggang
-Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang yang lain.

Langkah-langkah Pencegahan
1. Menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah.
2. Mengawal paras gula dan kolesterol di dalam darah.
3. Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes adalah baik (optimum)
4. Jangan makan ubat dengan sembarangan tanpa mendapat arahan daripada doktor
5. Mengamal cara hidup sihat
6. Makan secara sihat
7. Berhenti merokok
8. Bersenam


No comments:

Post a Comment