Pengenalan
Pengambilan ubat-ubatan selepas pemindahan ginjal boleh
menyebabkan peningkatan aras kolesterol, gula dan tekanan darah, ia juga boleh
meningkatkan selera makan, kemerosotan otot dan kemerosotan tulang.
Oleh itu, penjaaan pemakanan adalah penting untuk mengawal
aras kolesterol, gula, protein, kalsium dan tekanan darah. Pengawalan berat
badan juga penting.
Pengubahsuaian Diet
Pengubahsuian ini melibatkan kumpulan makanan yang
mengandungi protein, lemak dan kolesterol, karbohidrt dan kalsium.
Dalam tempoh enam bulan selepas pemindahan, penjagaan
kebersihan makanan amat penting kerana pengambilan ubat anti-rejection boleh
mengurangkan daya tahan anda terhadap penyakit.
Pastikan
-Tahap kebersihan yang aik semasa menyedia, menghidang dan
menyimpan makanan.
-Makan makanan sebaik sahaja dimasak.
-Makan makanan yang dimasak sepenuhnya.
-Kulit buah-buahan dikupas sebelum dimakan.
Elakkan
- Makanan mentah dan separuh masak seperti telur separuh
masak, sushi, susu dan hasil tenusu yang tidak dipasteurkan, ulam, sayur
mentah, salad dan jelatah.
-Makanan bufet.
- Makanan diawet/ diperam seperti jeruk, belacan, budu,
cencaluk, pekasam dan tempoyak.
Buah yang perlu dielakkan
- Buah limau gedang (grapefruit) perlu dielakkan kerana ia
mengganggu penyerapan ubat-ubatan.
KEPERLUAN PROTEIN
Berat (kg)
|
|
Tinggi (m)
|
|
IJT (kg/m2)
|
|
Saranan berat (kg)
|
|
Saranan pengambilan protein (hidangan
sehari)
|
|
SUKATAN MAKANAN PROTEIN BERKUALITI TINGGI ADALAH SEPERTI
BERIKUT:
Sumber protein
|
1 hidangan
|
Telur
|
1 bij sederhana
|
Ikan
|
1/2 ekor sederhana
|
Ayam
|
1/2 ketul
|
Daging
|
1 saiz kotak mancis
|
Taukua
|
1/2 ketul
|
Tauhu
|
3/4 ketul
|
Susu tepung
|
4 sudu makan
|
Tempe
|
3 saiz kotak mancis
|
Fucuk
|
1/2 keping
|
Amalkan cara masakan rendah minyak, lemak, garam dan gula.
KEPERLUAN KALSIUM
Kandungan kalsium darah kadangkala tinggi selepas pemindahan
ginjal. Sekiranya aras anda normal, pilih 2-3 hidangan produk tenusu rendah
lemak seperti berikut:
Jenis susu
|
Saiz 1 hidangan
|
Susu segar / UHT
|
240 ml atau 1 cawan
|
Susu skim
|
4 sudu makan atau 1/3 cawan
|
Susu sejat cair
|
1/2 cawan
|
Sekiranya aras anda tinggi, elakkan dari mengambil susu dan
hasil tenusu.
-buang bahagian lemak/kulit pada daging/ ayam.
-buang bahagian kepala atau telur pada makanan laut (ikan
bilis, sotong, udang dan ketam).
-pilih kaedah memasak yang sihat (kukus, rebus, panggang,
bakar, reneh).
-kurangkan penggunaan minyak semasa memasak.
-gunakan kuali tidak melekat.
-guna minyak campuran (separuh minyak kelapa sawit dan
separuh minyak jagung atau soya) untuk memasak.
-makan ikan lebih kerap terutamanya ikan mengandungi lebih
asid lemak omega-3 seperti tuna, salmon, kod dan jelawat.
-elakkan makanan tinggi garam.
-kurangkan penggunaan garam. Guna perencah asli seperti asam
limau.
-pilih makanan segar.
-kurangkan makanan dalam tin/terproses/awet.
-ambil lebih sayur-sayuran.
-hadkan makanan segera.
-elak tambah petis, garam, sos dan kicap dalam makanan.
-kurangkan makan luar.
MODIFIKASI RESIPI
-kurangkan penggunaan santan. Gantikan santan dengan susu
rendah/ tanpa lemak/ yogurt.
-pilih susu rendah lemak/ tanpa lemak berbanding susu penuh
krim.
-gunakan marjerin lembut tanpa asid lemak trans.
HADKAN MAKANAN BERIKUT
-kuning telur tidak melebihi 2 biji seminggu.
-makanan laut seperti kerang, udang, sotong, ketam, tiram.
-organ dalaman seperti otak, hati jantung, paru-paru,
hempedl dan limpa.
-lemak/kulit haiwan dan minyak sapi.
No comments:
Post a Comment