Panduan dan Informasi Khas Untuk Pesakit Diabetes
Apa yang berlaku pada
badan anda ketika berpuasa?
-Bagi orang yang normal insulin membantu sel mengambil masuk gula darah untuk disimpan dan ditukarkan
kepada tenaga.
-Bagi pesakit diabetes,
badan mereka mungkin tidak mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan
secukupnya atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi dengan sempurna (rintangan
insulin).
Apa yang berlaku ketika
anda berpuasa?
-Bagi individu yang sihat,
purata paras gula dalam darah akan menurun sedikit di awal bulan Ramadan dan
akan kembali normal selepas lebih kurang 20 hari berpuasa.
-Bagi pesakit diabetes
yang mempunyai kesedaran yang baik tentang penyakit dan di bawah pengawasan,
tiada perubahan ketara dapat dikesan pada paras gula dalam darah ketika mereka
berpuasa di bulan Ramadan.
-Jangan ambil banyak
makanan bergula ketika berbuka puasa (contoh kek).
-Ambil banyak makanan
berkanji supaya anda tidak berasa lapar ketika berpuasa (contoh nasi)
-Ambil buah-buahan dan
sayur-sayuran dalam setiap hidangan.
-Bersahur sebelum subuh
dan bukan di tengah malam supaya dapat membantu mengimbangkan paras gula dalam
darah dengam baik.
-Ambil minuman bebas
gula atau minum air jika anda berasa dahaga.
-Kurangkan pengambilan
makanan bergoreng - contoh ayam goreng dan roti canai.
Apakah Indeks Glisemik
(GI)?
Indeks Glisemik (Indeks
kadar gula dalam darah) dikaitkan dengan sesetengah makanan karbohidrat yang
boleh menyebabkan kadar gula dalam darah berubah berbanding makanan lain.
Makanan
rendah GI
(Indeks GI ≤ 55)
|
Makanan
sederhana GI
(Indeks GI 56 - 69)
|
Makanan
tinggi GI
(Indeks GI ≥ 70)
|
Makanan
ini meningkatkan kadar gula dalam darah secara perlahan-lahan
|
Makanan
ini meningkatkan kadar gula dalam darah dengan kadar sederhana
|
Makanan
ini meningkatkan kadar gula dalam darah dengan pantas
|
-Jus
oren tanpa gula
-Beras
perang
-Susu
lemak penuh
-Epel
-Anggur
-Kacang
bakar
|
-Pastri
-Minuman
ringan
-Beras
putih
-Capati
-Ais
krim
-Betik
|
-Donat
-Minuman
sukan
-Beras
Jasmine
-Beras
pulut
-Laici
-Tembikai
|
Apakah faedah mengambil
makanan yang rendah indeks glisemik?
-Menyebabkan paras gula
darah naik dan turun dengan perlahan.
-Membantu anda berasa
kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan pengambilan makanan ketika hidangan
atau snek seterusnya.
Bersenam Untuk Lebih
Bertenaga
Mengapa bersenam itu
penting?
-Selalu melakukan
senaman boleh meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin yang dirembeskan
oleh pankreas.
-Senaman membantu sel
mengambil masuk gula darah dan menggunakannya sebagai tenaga.
Berapa banyakkah
senaman yang perlu saya lakukan?
-Untuk mendapatkan
manfaat kesihatan, anda digalakkan untuk melakukan senaman ringan atau
sederhana dengan kerap.
Sejauh manakah kesan
daripada senaman ini akan berterusan?
Kesan senaman kepada
gula darah berbeza bergantung kepada berapa lama anda bersenam dan banyak
faktor lain. Senaman boleh menurunkan gula darah selama 24 jam or lebih selepas
senaman dengan menyebabkan badan anda lebih sensitif terhadap insulin.
Tips untuk bersenam
ketika berpuasa:
-Rujuk kepada doktor
anda untuk mengetahui samada tahap dibetes anda stabil atau tidak untuk
melakukan senaman.
-Mula bersenam
sebaik-baiknya 1-2 jam selepas berbuka puasa. Solat malam Tarawih menolong
pesakit mengekalkan aktiviti fizikal.
-Cari teman untuk bersenam,
ahli keluarga, anak atau cucu, atau rakan sekerja anda dan jadikan senaman
aktiviti yang menyeronokkan.
-Pilihlah aktiviti yang
anda suka supaya aktiviti tersebut boleh dilakukan secara berterusan
-Elakkan senaman berat
ketika berpuasa kerana risiko hipoglisemia.
-Pemantaun tahap gula
secara berterusan di rumah adalah sangat penting.
-Pemantauan ini tidak
akan membatalkan puasa.
-Dinasihatkan untuk
mengambil bacaan gula dalam darah seperti berikut:
- Sebelum sahur
- 2-4 jam selepas sahur
- Pertengahan atau lewat tengahari
- Sebelum berbuka puasa
- 2-4 jam selepas berbuka puasa
- Jika pesakit mengesyaki berlaku hipoglisemia (bergantung
kepada individu)
- Jika pesakit tidak sihat (contoh demam)
-Pesakit perlu
menamatkan puasa jika mengalami simptom hipoglisemia, menghadap kesan gula
darah yang tinggi (hiperglisemia), atau dehidrasi.
Simptom-simptom gula
dalam darah rendah (hipoglisemia):
-Gemuruh
-Pening
-Menggigil
-Lapar
-Mengantuk
-Berpeluh dingin
Rawatan segera untuk
hipoglisemia
Jika tahap gula dalam
darah kurang daripada 3.9mmol/L (70mg/dL), batalkan puasa anda serta-merta
dengan mengambil satu daripada makanan tersebut bagi menaikkan tahap gula
darah:
-1/2 cawan jus
buah-buahan
-1/2 cawan minuman
biasa (bukan khusus untuk diet)
-Secawan susu
-5 atau 6 biji
gula-gula
-1 sudu besar gula atau
madu
Puasa...Apakah jenis
ubat yang sesuai untuk pesakit diabetes?
Terdapat dua jenis ubat
untuk penyakit diabetes: Ubat-ubatan oral dan suntikan
Ubat Oral
-Metformin: Risiko
hipoglisemia rendah.
-Dipeptidyl peptidase-4
inhibitor: Ubat oral ini adalah pilihan yang selamat bagi rawatan diabetes
ketika bulan Ramadan. Risiko hipoglisemia rendah.
-Sulphonylureas: Risiko
hipoglisemia secara am adalah tinggi.
Suntikan
-Insulin
-Long-acting insulin: Ambil ketika berbuka puasa. Doktor
akan mengubah dos jika paras gula dalam darah dapat dikawal dengan baik.
-Short-acting insulin: Doktor akan mengubah dos insulin
bersesuaian dengan saiz hidangan anda dan kandungan karbohidrat. Doktor juga
mungkin akan mengurangkan dos insulin ketika bersahur jika paras gula anda
terkawal dengan baik.
-Incretin analogue: Kumpulan ubatan ini mungkin selamat
bagi rawatan diabetes. Risiko hipoglisemia rendah.
Apakah garis panduan
khusus dari segi rawatan terapeutik?
-Dos dan masa rawatan
ketika bulan puasa mungkin perlu diubahsuai oleh doktor mengikut keadaan setiap
pesakit.
-Jangan ubah dos dan
masa rawatan tanpa kebenaran doktor.
No comments:
Post a Comment